Championship Manager
Championship Manager

Penutupan Perkhidmatan Permainan

Kami dengan dukacitanya mengumumkan penutupan suite permainan Championship Manager di semua platform mudah alih. Semua perkhidmatan permainan bagi tajuk berikut akan tamat pada 31 Mei 2018.

  • Championship Manager All Stars (CM All Stars)
  • Champ Man 17 (CM17)
  • Champ Man 16 (CM16)
  • Champ Man 15 (CM15)
  • Championship Manager (CM14)

Apa yang berlaku sekarang?

  • Harap maklum bahawa permainan ini tidak lagi tersedia untuk dimuat turun atau dikemas kini daripada App Store atau Google Play Store. Ini bermakna yang jika anda memadam aplikasi dari peranti anda, anda tidak lagi boleh memasangnya semula daripada mana-mana platform.
  • Pada 30 April 2018, semua permainan Championship Manager akan berhenti menerima pembelian dalam aplikasi. Ini bagi membolehkan pemain mendapat masa yang mencukupi untuk menghabiskan sebarang kempen yang aktif dan masa untuk menggunakan sebarang matawang atau item dalam-permainan yang dibeli sebelum Tarikh Penutupan.
  • Pada 31 Mei 2018 ('Tarikh Penutupan'), semua perkhidmatan berasaskan pelayan bahagian belakang untuk permainan ini akan berhenti. Selepas tarikh ini, permainan mungkin kelihatan masih boleh digunakan pada peranti anda, walau bagaimanapun sebarang kandungan yang dihantar dari jauh dan aspek permainan yang berkaitan akan berhenti berfungsi seperti dijangka. Semua sokongan untuk permainan akan tamat pada masa ini.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong Championship Manager di mudah alih sejak empat tahun yang lepas. Permainan yang indah ini mungkin akan kembali semula ke mudah alih pada masa hadapan. Sementara itu, kami harap anda telah berseronok bermain permainan ini.

Perkhidmatan Pelanggan Square Enix
http://support.eu.square-enix.com

Sehingga bertemu lagi, selamat tinggal...